PASTI 
Dokumen
Webmail
 
 
 SISTEM PENGURUSAN PASTI V1.0
 
Login ID :  
Password :  

 
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)
Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
PASTI PUSAT bermesyuarat Seminar guru guru PASTI
Penganugerahan kepada guru PASTI  
 
MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat Am
1. Mengembalikan kefahaman masyarakat umum kepada menyedari kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
2. Mengadakan pendidikan awal (pra sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
3. Menyediakan wadah awal pendidikan berorientasikan harakah Islamiyah untuk jangka masa panjang.
4. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
5. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.


Matlamat Khas
1. Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah Swt.
2. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah Saw.
3. Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah Swt.
4. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran

 

© 2009 Pusat Asuhan Tunas IslamHome |  Dokumen |  Webmail  |